Pages

Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wElCoMe

Thursday 10 May 2012

b A n Y a K - - - c A k A p


ketemu semula setelah hampir suku abad tidak menge'post' pada blog ini. maklumlah. sibuk sejak kebelakangan ini. haha. tajuk pada kali ini ialah banyak cakap ataupun cakap banyak. mana-mana pun boleh kot. ikut tekak korang nak sebut apa. haha. 

pada hari ini, aku akan meringankan jari-jemariku untuk menekan papan kekunci, setelah hampir suku abad kemalasan menimpa diriku untuk menge'post' di blog ini. haha. sesungguhnya malas itu cemburu akan kerja-kerja yang ingin kita lakukan.

berbalik pada tajuk hari ini, iaitu banyak cakap. sesungguhnya kita digalakkan agar menghindari perbuatan banyak cakap ataupun cakap banyak ini. ia kerana, takut-takut perkataan sia-sia yang keluar lebih banyak daripada pada mulut kita, berbanding kata-kata yang berfaedah. sesungguhnya, bercakap mengenai perkara yang sia-sia akan menggelapkan hati kita yang kurang cerah ini. hehe. 

sabda Rasulullah S.A.W :-
  maksudnya " barangsiapa yang banyak perkataannya nescaya banyaklah salahnya, dan barangsiapa yang banyak salahnya nescaya banyak dosanya, dan barangsiapa siapa yang banyak dosanya maka api neraka lebih utama untuknya " 

hadis diatas jelas menunjukkan bahawa, kita haruslah hindarkan diri kita daripada banyak bercakap, agar  
lidah dan mulut kita terpelihara daripada mengucapkan perkara yang sia-sia.

sabda Rasulullah S.A.W :-
  maksudnya " barangsiapa yang beriman kepada Allah S.W.T dan hari Qiamat,maka hendaklah dia berkata benar ataupun diam " .

oleh itu, kita perlulah bercakap perkara yang benar ataupun bermanfaat. ia kerana akan memberi faedah kepada kita yang bercakap, dan kepada mereka yang mendengar apa yang kita cakapkan. jika kita takut apa yang kita cakapkan tidak memberi faedah kepada orang lain. lebih baik kita diam daripada kita mengeluarkan kata-kata yang sia-sia belaka. 

#muhasabah-kepada-diri-sendiri-dan-orang-lain#



No comments:

Post a Comment