Pages

Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wElCoMe

Friday 13 January 2012

H.o.R.m.A.T.i & S.a.ya.n.g.i MEREKA #1


ISLAM telah mengajar kita supaya menghormati serta sayang-menyayangi antara satu sama lain. dalam entri kali ini aku ingin berkongsi sedikit berkaitan siapa yang harus kita hormat dan sayang daripada kalangan wanita (selain ibu) . antaranya ialah :-

1. Ibu yang turut menyusukan kita ( ibu susu) . 

satu peraturan dalam ISLAM yang tidak terdapat pada agama lain ialah, memandang perempuan yang telah menyusukan kita sejak kecil sama seperti dengan ibu kandung. selain itu, semua orang yang turut menyusu kepada ibu susu itu adalah saudara kita, tidak kira terdahulu atau terkemudian (adik beradik susuan) . ibu yang menyusukan kita menjadi mahram kepada kita. seterusnya, kita tidak boleh mengahwini adik beradik susuan serta ibu susu kita kerana ia telah menjadi seperti adik beradik serta ibu kandung.

kita perlu hormat kepada ibu susu kita tidak kira apa pun taraf mereka. Nabi s.a.w sendiri, anak orang Quraisy bangsa yang dipandang mulia, disusukan oleh Suaibah seorang pengasuh dirumah Abu Lahab. kemudian disusukan oleh Halimah dari Bani Sa'ad, orang dusun yang jauh. Namun Rasulullah s.a.w menganggap mereka seperti ibu kandungnya sendiri. begitu juga kepada saudara perempuan susuan Rasulullah ketika menyusu bersama Halimah itu menjadi saudaranya.

2. Saudara perempuan sebelah ibu .

kita perlulah hormat dan menunjukkan kasih kita kepada saudara perempuan sebelah ibu iaitu adik-beradik kepada ibu kita. didalam bahasa arab ia disebut : Khalah (خالة)
sabda Rasulullah s.a.w maksudnya :
"Khalah adalah pada tempat ibu"  - riwayat Bukhari-Muslim

terdapat juga pada Hadis lain menerangkan berkaitan 'Khalah' :-

maksudnya : "sesungguhnya khalah itu merupakan ibu juga" - riwayat Al-Baihaqi.

sehingga jika seseorang anak yang kematian ibu, sedang dia masih kecil, didalam hukum Fiqh menyatakan orang pertama yang berhak untuk mengasuh (hadhanah) anak itu ialah ibu saudara. hal ini kerana, kasihnya sama seperti ibunya sendiri, walaupun ayahnya masih ada. kurang tepat jika anak itu diasuh oleh ibu tirinya.


sumber : KEDUDUKAN PEREMPUAN DALAM ISLAM - oleh  HAMKA


                                                                        




Jom Baca!! H.o.R.m.A.T.i & S.a.ya.n.g.i MEREKA #1