Pages

Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wElCoMe

Friday 24 February 2012

k A w A n


Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya 



ia merupakan serangkap lirik lagu dari kumpulan nasyid hijjaz . pada kali ini, aku nak buat entry pasal k-a-w-a-n  A.K.A s-a-h-a-b-a-t. sebenarnya, aku dah lama terpikir nak buat pasal ni. cuma tahap kerajinan aku yang kurang membantu untuk aku meneruskan misi aku. kali ini, aku tak nak tangguh-tangguh lagi, sampai bila tak sudah nanti, bak kata pepatah arab "bertangguh-tanguh itu pencuri masa".

 berdasarkan lirik tersebut, ia mengatakan bahawa, betapa susah untuk seseorang untuk mencari kawan, lebih-lebih lagi pada masa kini. kita perlu kenal seseorang itu terlebih dahulu, selidik latar belakang mereka, dan barulah kita berkawan. ia bukan bermaksud terlalu memilih untuk berkawan sehingga sanggup hidup bersendirian. kalau kita bersendirian, tak kemana lah jawabnya.

siapa tak ada kawan dalam dunia ni???? bohong kalu tak ada. semua orang dalam dunia ni ada kawan. walaupun kita tak rapat dengan dia. bertegur sekali je dalam kelas . dia tetap dipanggil kawan . cuma rapat atau tidak. ahli keluarga kita pun boleh kita jadikan sebagai kawan kita. dengan meluahkan segala masalah kita kepada mereka. tetapi janganlah layan mereka seperti kita layan kawan sebaya kita. memang pelempanglah makan dia. kenapa seseorang itu susah untuk mencari kawan????? jom ushar  rangkap yang lain bagi lagu yang same. . . . :-

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

 inilah puncanya. saling dengki antara satu sama lain. kalu dengki benda yang membawa kemajuan tak apa. ni dengki yang tak tentu pasal. haha. susah sebenarnya untuk mencari kawan yang betul-betul rapat dengan kita. ada sewaktu susah senang kita. sama ketawa dan menangis. abah aku penah cakap " dekwan tak dapat masuk U ni, kurang-kurang, kawan dekwan akan simpati paling lama pun seminggu je", makan dalam punya ayat.  

budak zaman sekarang lebih rapat dengan kawan mereka berbanding ibubapa,adik-beradik serta saudara-mara mereka. (termasuk aku). kawan-kawan lebih tahu rahsia mereka berbanding ahli keluarga yang lain. itu menunjukkan betapa rapat,kuat, dan perlunya "kawan" dalam hidup. oleh itu, perlulah memilih rakan yang mendorong kita kearah kejayaan, bukan kearah kemunduran.



Jom Baca!! k A w A n

Wednesday 22 February 2012

B u A i A n . . . .

setelah kian lama tidak meng'update' blog ini. iaitu hampir sebulan , ini semua gara-gara aku tidak punyai idea untuk dilontarkan serta ditaip untuk menjadi bahan bacaan kamu semua. (giler kentang ayat) . hahaha . dan pada ini tercetuslah idea dalam kepala aku ni untuk menaip berkaitan b-u-a-i-a-n. Macam gampang je tajuknye.

menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , buaian dapat di definasikan sebagai tempat tidur atau tempat duduk yang dapat diayun-ayunkan. oleh itu, terdapat dua maksud di sini, iaitu tempat tidur dan tempat duduk.

maksud yang pertama iaitu tempat tidur. emm, semua orang seantero dunia ni tahu ape itu buaian , dulu mase kecil, disitulah tempat kita sume beradu , sambil mak kita dodoi kita dengan alunan zikir-zikir2, dan ditemani dengan bunyi spring 'krek~krek~krek~' . haha. sampai lenguh tangan mak kita nak hayun buaian tu supaya kita lena di buai mimpi dalam buaian yang dibuai oleh mak. haha. ni lah contoh gambar buaian yang sempat aku rembat di internet. 


tapi sekarang, dunia semakin moden, semua yang hendak dilakukan tidak perlu menggunakan kudrat manusia.
sekarang semua benda, tekan suis je siap, tekan je siap, bak kata pepatah 'semuanya di hujung jari' . termasuklah buaian zaman sekarang. dah ade jenis elektrik, tak payah susah  nak buai anak-anak, gune elektrik je. haha. orang kate " jangan disangka tangan yang menghayun buaian tidak mampu menggoncang dunia" tapi kalu mak2 diluar yang gune buaian automatik ni?????? ni contoh buaian elektrik yang sempat dirembat di internet.


bagi maksud kedua pula ialah  tempat duduk yang dapat diayun-ayunkan . buaian jenis ni pula ialah yang terdapat di kebanyakan taman-taman permainan di Malaysia dan seantero dunia. yang menjadi tarikan anak-anak kecil mengajak ayah mereka ke taman permainan ialah buaian. setelah mereka (anak-anak kecil) puas dibuai oleh mak dirumah , kini di taman pula, ayah mengambil alih tugas untuk membuai anak-anak kecil tersebut. contoh buaian yang terdapat di taman permainan berhampiran rumah anda.


bagi anak-anak yang dah pandai main buaian mereka tidak memerlukan ayah atau emak mereka membuaikan mereka. dulu. masa aku kecik-kecik dulu, ayah aku selalu bawak pegi taman permainan, dan aku serta adek beradik aku akan menuju ke buaian , aku jeles dengan abang dan kakak aku sebab diorang pandai untuk membuaikan badan mereka tinggi2 ketika main buaian. aku???? huh. hampeh. buai sekali dua je. lepas tue. terus berhenti. hampeh. dan. sampai sekarang. aku tak reti nak maen buaian!!! hahaha



Jom Baca!! B u A i A n . . . .