Pages

Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wElCoMe

Friday 24 February 2012

k A w A n


Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya 



ia merupakan serangkap lirik lagu dari kumpulan nasyid hijjaz . pada kali ini, aku nak buat entry pasal k-a-w-a-n  A.K.A s-a-h-a-b-a-t. sebenarnya, aku dah lama terpikir nak buat pasal ni. cuma tahap kerajinan aku yang kurang membantu untuk aku meneruskan misi aku. kali ini, aku tak nak tangguh-tangguh lagi, sampai bila tak sudah nanti, bak kata pepatah arab "bertangguh-tanguh itu pencuri masa".

 berdasarkan lirik tersebut, ia mengatakan bahawa, betapa susah untuk seseorang untuk mencari kawan, lebih-lebih lagi pada masa kini. kita perlu kenal seseorang itu terlebih dahulu, selidik latar belakang mereka, dan barulah kita berkawan. ia bukan bermaksud terlalu memilih untuk berkawan sehingga sanggup hidup bersendirian. kalau kita bersendirian, tak kemana lah jawabnya.

siapa tak ada kawan dalam dunia ni???? bohong kalu tak ada. semua orang dalam dunia ni ada kawan. walaupun kita tak rapat dengan dia. bertegur sekali je dalam kelas . dia tetap dipanggil kawan . cuma rapat atau tidak. ahli keluarga kita pun boleh kita jadikan sebagai kawan kita. dengan meluahkan segala masalah kita kepada mereka. tetapi janganlah layan mereka seperti kita layan kawan sebaya kita. memang pelempanglah makan dia. kenapa seseorang itu susah untuk mencari kawan????? jom ushar  rangkap yang lain bagi lagu yang same. . . . :-

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

 inilah puncanya. saling dengki antara satu sama lain. kalu dengki benda yang membawa kemajuan tak apa. ni dengki yang tak tentu pasal. haha. susah sebenarnya untuk mencari kawan yang betul-betul rapat dengan kita. ada sewaktu susah senang kita. sama ketawa dan menangis. abah aku penah cakap " dekwan tak dapat masuk U ni, kurang-kurang, kawan dekwan akan simpati paling lama pun seminggu je", makan dalam punya ayat.  

budak zaman sekarang lebih rapat dengan kawan mereka berbanding ibubapa,adik-beradik serta saudara-mara mereka. (termasuk aku). kawan-kawan lebih tahu rahsia mereka berbanding ahli keluarga yang lain. itu menunjukkan betapa rapat,kuat, dan perlunya "kawan" dalam hidup. oleh itu, perlulah memilih rakan yang mendorong kita kearah kejayaan, bukan kearah kemunduran.


1 comment:

Post a Comment