Pages

Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wElCoMe

Thursday 2 August 2012

FADILAT RAMADHAN #1

Sesungguhnya, kita berada dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan iaitu bulan Ramadhan. Pada bulan ini juga, kita sebagai umat Islam menjalankan antara rukun daripada rukun-rukun Islam iaitu Berpuasa. Seperti kita sedia maklum, bulan Ramadhan ini banyak kelebihan atau fadilatnya berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Antara kelebihan bulan ini ialah :-

1) Ramadhan Penghulu Segala Bulan.
seperti kita sedia maklum, penghulu segala hari ialah hari Jumaat. Manakala penghulu kepada segala bulan ialah bulan Ramadhan. Ia berdasarkan sabda Nabi s.a.w :-

        سيد الشهور شهر رمضان  
       maksudnya ' penghulu segala bulan ialah bulan Ramadan ' - Riwayat al-Baihaqi

2) Ramadhan Bulan Al-Quran
Allah telah menyatakan di dalam al-Quran, bahawa pada bulan Ramadhan telah turunnya mu'jizat Baginda s.a.w yang terhebat iaitu al-Quran al-Karim. Ia berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 185.

     maksudnya ' Bulan Ramdhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penerang tentang petunjuk itu dan pembeza ( antara hak dan batil) . Apabila kamu melihat (anak) bulan, maka hendaklah kamu berpuasa. . .

3) Ramadhan Bulan Tarawih & Tahajjud
Ibadah yang terbanyak dilakukan oleh umat Islam ialah pada bulan Ramadhan. Berkaitan bulan Ramadhan, ia begitu sinonim dengan solat Tarawih serta solat sunat lain di malam hari. Bagi sesiapa yang menghidupkan malam di bulan Ramadhan, Allah s.w.t akan memberikan ganjaran yang besar kepada mereka. 

4) Ramadhan Bulan Taubat
Sebaik-baik bulan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah ialah bulan Ramadhan. Ia kerana. bulan ini merupakan penghapus bagi segala dosa anak Adam dengan kurnia yang besar dari Allah. Hikmah ini tidak didapati pada bulan-bulan yang lain. ]

5) Ramadhan Bulan Pemurah
Allah s.w.t Maha Pemurah. Pemurahnya itu berkali ganda pada bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-

         ' sesungguhnya Allah Maha Pemurah, suka dengan sifat pemurah, suka budi pekerti yang tinggi dan benci akhlak yang keji ' - riwayat al-Baihaqi

credit to - Ensiklopedia Ramadhan.

moga ketemu dalam 'post' akan datang.

#muhasabahbersama.

      


Jom Baca!! FADILAT RAMADHAN #1