Pages

Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wElCoMe

Thursday 22 December 2011

D.e.N.g.K.i L.a.G.i


Pada suatu hari, Ali (8 tahun) berjumpa Abu (sebaye) di kantin sewaktu rehat. :-

Ali : kite cemburu la dengan awak Abu, sebab awak pandai, selalu dpat no 1 dalam kelas.
Abu: kenape plak?? cemburu = dengki. jadi, mane boleh awak cemburu dengan kite. berdose taw. awak pun             dapat no 1 jugak, tapi...dari belakang la.
Ali : yeke??mane awk tahu yg cemburu a.k.a dengki ni berdose???pandai awak buat lawak kan.
Abu: kiter ade bace kt blog 'keyboarding', die cakap dalam tu, cemburu a.k.a dengki ni tak bleh. dose.
Ali: tapi....ade cemburu yang boleh.
Abu: yeke??mane awak tahu??kiter lagi pandai dari awak pun kiter tak tahu.
Ali: tu la awak. ingat kiter dapat no 1 dari belakang. kiter tak tahu ke. kite sebenarnye pon, bru je bace.
Abu: Yeke?????mane-mane??? (gelabah skit)
Ali: bawah ni. Jom bace.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DENGKI YANG DIHARUSKAN.


Sabda Rasulullah s.a.w. Maksudnya :-

'daripada Abdullah Ibn Mas'ud katanya: daku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : tidak ada perasaan irihati atau dengki kecuali dalam dua perkara: pertama, dengki terhadap kedudukan atau keadaan seseorang yang telah dikurniakan Allah dengan harta benda, lalu ia menghabiskannya untuk jalan kebaikan, kedua dengki terhadap keadaan seseorang yang telah dikurniakan oleh Allah dengan hikmat (kecerdasan dan ilmu pengetahuan) lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.


hadis tersebut menjelaskan berkaitan dua bentuk perasaan dengki yang dikecualikan daripada dosa. manakala semua jenis dengki selain yang disebutkan dalam hadis tersebut adalah haram serta tergolong dalam syirik khafi.

oleh itu, tidak digalakkan adanya perasaan dengki melainkan dalam dua keadaan, iaitu :-
 i) orang yang dikurniakan Allah harta benda serta menghabiskan harta tersebut pada perkara kebajikan.
ii) orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia beramal dan mengajarkannya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KRINGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!

Ali: eh, waktu rehat dah habes la, jom masuk kelas.
Abu: makanan kite due tak habes lagi, sentuh pun belum.
Ali : ala, biarkan aje, nanti, pandai2 la orang yang bace post ni habiskan.
Abu ; @!^%$#&^%(*&^



Jom Baca!! D.e.N.g.K.i L.a.G.i

d. e. n. g. k. i.


dengki. emm. setiap daripada kita mesti pernah saling dengki mendengki kan. haha. lagi2 mase kecik2 dulu. anak jiran sebelah dapat robot baru. kiter plak takde. anak jiran sebelah basikal baru (due roda je). kite masih basikal lame (empat roda, walaupun dah darjah satu) . ape sebenarnye dengki ni eak????

dengki ni adalah perasaan cemburu yg ade dalam hati kita ni, ia juga bermaksud, seseorang itu berharap sangat2 akan berlaku sesuatu yang tidak elok kepada orang lain yang dikurniakn nikmat keatas orang lain. sebenarnye dengki adalah haram dan berdosa besar. ia juga merupakan penyakit hati yang paling besar dan susah untuk di ubati. (doktor pakar pun tak boleh wtpe. sbb doktor pakar pun ade penyakit ni.)

sabda Rasulullah s.a.w :-
maksudnya : 'dengki itu memakan segala kebajikan seperti api memakan kayu'


Rasulullah bersabda lagi. Maksudnya :-
"janganlah kamu dengki antara satu sama lain, dan janganlah kamu memutuskan hubungan antara satu sama lain, dan janganlah kamu memarahi antara satu sama lain, dan janganlah kamu berpaling antara satu sama lain ketika berjumpa, dan hendaklah kamu bersaudara wahai hamba Allah"


oleh itu, janganlah kite dengki antara satu sama lain, kerna ia merupakan penyakit hati paling besar dan susah untuk diubati, dan ia juga menyebabkan putusnya hubungan persaudaraan.

Jom Baca!! d. e. n. g. k. i.

Wednesday 21 December 2011

s. y. u. k. u. r!



Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah



tu lagu 'syukur' daripada kump. Raihan. sape tak kenal kump. raihan??? pasti sume kenal. Ape???!!! ade yang tak kenal, macam biase. (angkat jari tengah untuk die, kasi starlight kat dahi.)  

apa itu syukur???? menurut Ibnu 'Abbas r.a menjelaskan: "Syukur itu ialah taat kepada Allah Taala dengan segala anggota, zahir dan batin, sama ada secara diam-diam atau terang-terangan".

menurut Imam Abu Bakar al-Warraq (Guru utama Imam al-Ghazali) mengatakan, "Syukur itu ialah mengagungkan Allah Taala yang dengan kemurahan-Nya mengurniakan nikamat kepada hamba-Nya yang tidak terhingga banyaknya dan tidak ternilai itu. Dengan itu tidaklah timbul rasa benci atau kufur".

Mengikut para ulama : "Syukur itu ialah mengerjakan taat, zahir dan batin, kepada Allah Taala dan seterusnya menjauhi segala maksiat, zahir dan batin, dengan mengawal hati, lidah, mata, telinga dan segala anggota zahir dan batin yang lainnya supaya tidak tersalahguna sehingga terdorong kepada melakukan kerja maksiat".



kite perlu bersyukur kerana ia merupakan setinggi-tinggi darjat dan ramai tidak mencapai darjat tersebut. Firman Allah s.w.t :-

Maksudnya : 'dan sedikit daripada sekalian hambaku yang banyak bersyukur '
(surah As-Saba')

seterusnya, dengan bersyukur, Allah akan menambah nikmat kepada setiap hambanya yang bersyukur. hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t :-

Maksudnya : 'demi Allah, jika kamu bersyukur akan nikmat-Ku, nescaya aku akan menambah nikmat-Ku terhadap kamu'
(surah Ibrahim)

Barangsiapa yang tidak syukur dengan nikmat Allah, dan menggunakan nikmat Allah ke arah lain, ia dikira 'kufur nikmat'.

akhir kate, moh kite hayati lirik 'syukur' daripada 'Altimet" :-

Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini


Jom Baca!! s. y. u. k. u. r!

Monday 19 December 2011

m. A. r. A. h.



marah. em. sape yang tak penah marahkan dalam kalangan manusia biasa seperti kita sume ni kn. tak taw la tiba2 ade mamat sorang angkat tangan 'saya tak penah marah bro', kalu ade. mari sini jumpe aku ( aku nak angkat jari tengah aku. . . . . . . kasi starlight kat dahi die. . . haha.)

apa itu marah ? kalau korang nak tahu apa maksud marah. korang carilah dalam kamus. hahaha. emm. mengikut kamus kepala otak aku sendiri.. marah ni adalah perasaan yang timbul setelah diejek, di maki, di rompak, di pukul, di tipu, dan diperkosa????...

sebenarnya, sifat marah ini tidak perlu ade dalam hati kita ini, kerana ia merupkan sifat yang tidak disukai oleh Allah , dan Allah telah memerintahkan kepada hamba-Nya supaya bersabar, bersabar , dan bersabarlah hendaknya.

sabda Rasulullah S.A.W maksudnya ;-
"tidak ada seorang lelaki pun yang kuat, melainkan dia mampu mengawal dirinya ketika marah".

sifat marah yang keterlaluan akan membawa kepada kebinasaan. kerana ia akan menyebabkan pergaduhan, saling memaki antara satu sama lain, membunuh, munculnya ruang dendam dalam hati serta dengki. oleh itu, banyaklah bersabar ye. . .

sabda Rasulullah S.A.W. , maksudnya :-
"barangsiapa yang menahan kemarahannya, nescaya pada hari akhirat nanti, Allah akan mengisi hatinya dengan ketenangan dan keimanan'



Jom Baca!! m. A. r. A. h.

Thursday 15 December 2011

Tangkai Jering . . .




Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :-
i)tangkai - 1)bahagian tempat melekatnya buah,bunga dll.  2) penjodoh bilangan untuk bunga.


ii) jering - nama sejenis pokok atau buah (buahnya dapat dibuat ulam) nama saintifik - Phithecellobium jiringa.

apabila tangkai + jering = orang yang kedekut.
(punyalah panjang maksud masing2. bila digabungkan. pendek je maksudnya. perggghhhhh !@#@^%$& )

kita tinjau definisi kedekut pula - menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, ia bermaksud sangat berkira-kira hendak membelanjakan wang, bakhil, kikir, lokek, pelit. (msti korang pelik dgan perkataan pelit )

sifat kedekut ni tidak boleh diamalkan dalam hidup kita. ia merupakan sifat mazmumah dan semestinya tidak disukai oleh Allah. Hadis Nabi s.a.w :-


 Asma’ r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma): “Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.”
(al-Bukhari dan Muslim)
 berdasarkan hadis tersebut. ia menunjukkan bahawa, Allah melarang kita daripada bersifat kedekut, suka mengumpulkan harta dan tidak menafkahkan harta ke jalan Allah. Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang kerana Allah SWT telah berjanji bahawa pintu rezeki hamba-Nya akan diluaskan jika seseorang itu banyak bersedekah.

oleh itu, janganlah kita tergolong dari orang-orang yang sengaja menyempitkan poket seluar mereka untuk mengeluarkan duit.


P/S :- lagi satu. lupe nk bagitahu. jangan banyak makan jering. makruh. kalu keluarkan urine, sumpah bau urine korang harum. hahahaha


Jom Baca!! Tangkai Jering . . .

Sunday 11 December 2011

Tiba - Tiba . . .


cerita ini mengisahkn seorg shabatku yg bernama .. (bukan nama sebenar) . die seorg yg baik - berkwan dgan sume org, seorang yg pemurah - slalu blanje kwn dye mkn. seorg yg pndi - slalu dpt no stu dlm klas, seorang yg kuat agama - taat perintah Allah dan Rasul. ank yg soleh-xpenah lawan ckp mak apak dye. aku senang bile bersame dgannye, kami merupakan shbt baik sjak dlm prut lg. (grau je). sejak di bangku sekolah rendah lg. tamat darjah 6. kami dpt twaran utk bersekolah di tmpt yg sme iaitu di sekolah menengah .... (bukan nama betol skolah 2). thun 2007 - kami PMR. kmi blajar bersungguh-sungguh utk cpi target kami (9 A). tp apakn daya. ketika result klua, kami trkjut dengan kputusn kami - aku hnye dpt 6 A.. die 1 A je (hahaha,malangnye dye). kami berazam sme2 utk perbaiki kesemuanya dan tumpu utk SPM plak.

Thun 2009- kami SPM. sperti biase, kami blajar bersungguh-sungguh utk berjaye dlm SPM sekali gus membanggakan kedu org tua kami, (setelah kurg dlm PMR, tp dye je..aku x..haha) . menjelang peperiksaan SPM, kami belajar b'same, stay up smpi kul 4 pgi (bhong je) . sehinggalah peperiksaan tamat. kini ape yg kami tgu hnyelah result. kami mpunyai 3 bulan utk bercuti sblum kputusan akn klua. aku dan die bkerja part time di kilang cendawan utk mndpatkn duit poket (nty da jd suami senang, ape pengalaman bekerja) . smbil2 bkerja kami berdua juga mengambil lesen kreta dan moto. almaklum, xnk jd mat rempit yg xde lesen. kurg2 leyh jd mat rempit yg ade lesen. haha.

kini tiba yg kami tnggu2 kn. keputusan SPM akn klua pd esok hari, kami rasa tidak sbar utk mengambil kptusan SPM. Pada malam itu, aku mengajak dye klua lepak di kedai (tempat kami bese lepak). tetapi mak dye xbg dye klua tkot2 sesuatu akn terjadi. biaselah mak ad naluri ke-6 terhadap anak. tetapi dye tetap berkeras utk klua. akhirnye dye kluar tnpe pengetahuan emak nye. jam menunjukkan pkul 9.30 (die ckp ngn aku nk smpi kul 8.30) . aku rse tidak sedap hati, (dup dap dup dap- jantung ku berdenyut). kerisauan aku berakhir apabila rakan sekampung ku memberitahu bahawa 'dye' accident dlm perjalanan utk bejumpa dgan ku. Alangkah terkejut nya aku. aku berasa serba slah kerana aku yang beria-ia ajk dye klua. aku segera ke tmpat kjadian. tiba disane ku lihat maknye menangis teresak-esak melihat tubuh anknye yg tidak bernyawa lagi. lantas, aku pergi bertemu dgan maknya untk meminta maaf, "mak cik, saya minta maaf kerana ajak dye klua mlm ni, klu tidak kerna saya, perkara ini mungkin tidak berlaku". maknye, "tak pe nak, bukn salah kamu, dah tibe mase dye utk pergi," . aku berasa terkilan melihat maknye. selepas itu, jenazah dibawa ke hospital utk bedah siasat.

jenazah akan dikebumikan pada malam itu juga, kerana tak elok lama-lama. siksa mayat. pengurusan jenazah perlu dilakukan dengan segera. tepat jam 11.30 malam. jenazah tiba di rumah nya untk di solatkan. selepas itu terus dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. aku berada di dalam liang untuk menyambut jenazah. jenazah kawanku tidak berat, walaupun beliau berbadan besar, mgkin ni sbab spnjg hidup beliau yg sentiasa taat kepada perintah Allah dan rasul, serta taat perintah mak dan apaknye. jenazah telah pun dikebumikan. Imam terus melakukan talkin - talkin ni bukn peringatan untuk si mati, tetapi untuk hadirin yg hadir supaya sedar bahawa kita ni hnyelah hamba Allah yg akan pulang ke pangkuan-Nya bile2 mase. upacara telah selesai dan semua hadirin beredar. ketika itu, kira-kira pkul 1.00 pagi.

dalam perjalanan pulang......

TIBA-TIBA aku terdengar suara azan sayup terdengar...aku pelik...padahal bru pkul 1 pagi. TIBA-TIBA aku berasa ada cecair yg agk suam2 mengalir melalui kaki ku. aku terus alihkn tgan ku utk mengetahui apakah cecair itu. lalu aku mencium cecair itu. perghhhhhh. HANcCING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ...... TIBA-TIBA aku terdengar suara sayup di telinga ku, "wan....bgun..solat subuh nak". ape!!!!!!! itu semua mimpi???!!!!!!!


Jom Baca!! Tiba - Tiba . . .

Sunday 4 December 2011

Cari Jodoh . .

cari, cari-carilah
pasangan hidup betul-betul oh kawan,
bahgia berseri,
rumh tangga akan harmoni.



tu sedikit chorus lgu cari pasangan dr kump. rabbani. ni lagu nasyid taw. haha. sesape yg x penah dgar lgu. korg crik la kt u-tube ye. haha.
kali ni bab jodoh a.k.a kahwin. spe yg xnk khwin tol x. membhong klu ad yg ckp, 'sy xnk kawen tuan,' meh jmpe ak. kasi betolkn skit org 2. haha. 
kt sni ak nk share skit la psl ciri calon isteri2 korg. (isteri-isteri tu). haha. ni hasil pembacaan ak kt buku STP ak sbb nk exam. klu x. xd mkne nk sntuh. (paper syariah bru abes pada 1/12/2011). 

*ciri utame yg msty ade ialah beragama. hal ini berdasarkn Hadis Rasulullah S.A.W

maksudnya : seseorang wanita dikahwini kerana 4 perkara : kerana hartanya, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. utamakanlah yang mempunyai agama, nescaya kamu tidak akan menyesal.
      p/s : point penting kt sini ialah ' utamakanlah yang mempunyai agama, nescaya kamu tidak akan menyesal.'

hadis tersebut  dh menunjukkan bhwa AGAMA sgt pnting dlm kehidupan, sehingga mencari calon pun, mstilah agama diutamakn dlu, brulah dilihat aspek2 yg laen.

*selain itu, calon buknlah dri kalangan keluarga terdekat. Rasulullah S.A.W bersabda :-

maksudnya : jangan kamu kahwini keluarga terdekat, maka sesungguhnya anak akan menjadi kurus dan demikian itu kerana syahwat tidak menggalakkan.

oleh itu, carilah jodoh jauh2 sket, nty dpt jln2 g rumah mentua, bygkn klu kawen jiran sebelah umah, perghhh, x berkembang langsung, tup2 jd keluarga 69 nty, haha.

kesimpulannya, amatilah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru R.A :-

maksudnya : jangan kamu kahwini perempuan kerana kecantikannya, kerana dia akan membawa kepada kebinasaan, dan jangan kerana kekayaannya, kerana ia akan membawa kepada garang dan angkuh, oleh itu, hendaklah kamu kahwini mereka kerana agama, dan sesungguhnya hamba yang hitam mempunyai agama itu adalah lebih afdhal .

P/S : kredit to pak ajak. penulis buku. 

Jom Baca!! Cari Jodoh . .