Pages

Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wElCoMe

Saturday 17 November 2012

kErJa a.k.a AsiGnMenT

                                                                   
asignment oh asignment. perkara yang sering menghantui pelajar di universiti. termasuklah aku. haha. kenapalah ia perlu dibuat, kenapa ia perlu menjadi 'carry mark' setiap subjek. huh. susah betul. 

sebenarnya, tujuan asignment diberi supaya pelajar mengkaji tajuk yang diberi oleh pensyarah kepada para pelajar ( padahal copy and paste ) . haha. benda ini sepatutnya tidak menjadi beban kepada kita. apabila tugas diberi, kita perlulah melalukan langkah awal, dengan mencari info-info berkaitan tugasan yang diberi. jangan esok dah nak kena hantar, malam sebelumnya baru terkial-kial nak buat. tidur lewat, ada juga yang tak tidur sebab sampai 2-3 asignment  nk kene hantar pada tarikh yang sama. 

kalau boleh, buat awal-awal. sikit-sikit pun tidak apa. bak kata pepatah "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". post ni untuk mengingatkan aku dan rakan seperjuangan yang lain supaya tidak bertangguh-tangguh dalam pekerjaan. ia merupakan satu perkara yang tidak elok, ia juga akan menjejaskan hasil kerja kita. 

sekian sahaja post yang agak pendek ini. nak sambung buat asignment. haha. salam

#ingatanbuatsemua.

Jom Baca!! kErJa a.k.a AsiGnMenT

Thursday 2 August 2012

FADILAT RAMADHAN #1

Sesungguhnya, kita berada dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan iaitu bulan Ramadhan. Pada bulan ini juga, kita sebagai umat Islam menjalankan antara rukun daripada rukun-rukun Islam iaitu Berpuasa. Seperti kita sedia maklum, bulan Ramadhan ini banyak kelebihan atau fadilatnya berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Antara kelebihan bulan ini ialah :-

1) Ramadhan Penghulu Segala Bulan.
seperti kita sedia maklum, penghulu segala hari ialah hari Jumaat. Manakala penghulu kepada segala bulan ialah bulan Ramadhan. Ia berdasarkan sabda Nabi s.a.w :-

        سيد الشهور شهر رمضان  
       maksudnya ' penghulu segala bulan ialah bulan Ramadan ' - Riwayat al-Baihaqi

2) Ramadhan Bulan Al-Quran
Allah telah menyatakan di dalam al-Quran, bahawa pada bulan Ramadhan telah turunnya mu'jizat Baginda s.a.w yang terhebat iaitu al-Quran al-Karim. Ia berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 185.

     maksudnya ' Bulan Ramdhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penerang tentang petunjuk itu dan pembeza ( antara hak dan batil) . Apabila kamu melihat (anak) bulan, maka hendaklah kamu berpuasa. . .

3) Ramadhan Bulan Tarawih & Tahajjud
Ibadah yang terbanyak dilakukan oleh umat Islam ialah pada bulan Ramadhan. Berkaitan bulan Ramadhan, ia begitu sinonim dengan solat Tarawih serta solat sunat lain di malam hari. Bagi sesiapa yang menghidupkan malam di bulan Ramadhan, Allah s.w.t akan memberikan ganjaran yang besar kepada mereka. 

4) Ramadhan Bulan Taubat
Sebaik-baik bulan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah ialah bulan Ramadhan. Ia kerana. bulan ini merupakan penghapus bagi segala dosa anak Adam dengan kurnia yang besar dari Allah. Hikmah ini tidak didapati pada bulan-bulan yang lain. ]

5) Ramadhan Bulan Pemurah
Allah s.w.t Maha Pemurah. Pemurahnya itu berkali ganda pada bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-

         ' sesungguhnya Allah Maha Pemurah, suka dengan sifat pemurah, suka budi pekerti yang tinggi dan benci akhlak yang keji ' - riwayat al-Baihaqi

credit to - Ensiklopedia Ramadhan.

moga ketemu dalam 'post' akan datang.

#muhasabahbersama.

      


Jom Baca!! FADILAT RAMADHAN #1