Pages

Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wElCoMe

Thursday, 22 December 2011

d. e. n. g. k. i.


dengki. emm. setiap daripada kita mesti pernah saling dengki mendengki kan. haha. lagi2 mase kecik2 dulu. anak jiran sebelah dapat robot baru. kiter plak takde. anak jiran sebelah basikal baru (due roda je). kite masih basikal lame (empat roda, walaupun dah darjah satu) . ape sebenarnye dengki ni eak????

dengki ni adalah perasaan cemburu yg ade dalam hati kita ni, ia juga bermaksud, seseorang itu berharap sangat2 akan berlaku sesuatu yang tidak elok kepada orang lain yang dikurniakn nikmat keatas orang lain. sebenarnye dengki adalah haram dan berdosa besar. ia juga merupakan penyakit hati yang paling besar dan susah untuk di ubati. (doktor pakar pun tak boleh wtpe. sbb doktor pakar pun ade penyakit ni.)

sabda Rasulullah s.a.w :-
maksudnya : 'dengki itu memakan segala kebajikan seperti api memakan kayu'


Rasulullah bersabda lagi. Maksudnya :-
"janganlah kamu dengki antara satu sama lain, dan janganlah kamu memutuskan hubungan antara satu sama lain, dan janganlah kamu memarahi antara satu sama lain, dan janganlah kamu berpaling antara satu sama lain ketika berjumpa, dan hendaklah kamu bersaudara wahai hamba Allah"


oleh itu, janganlah kite dengki antara satu sama lain, kerna ia merupakan penyakit hati paling besar dan susah untuk diubati, dan ia juga menyebabkan putusnya hubungan persaudaraan.

No comments:

Post a Comment