Pages

Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wElCoMe

Thursday, 15 December 2011

Tangkai Jering . . .




Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :-
i)tangkai - 1)bahagian tempat melekatnya buah,bunga dll.  2) penjodoh bilangan untuk bunga.


ii) jering - nama sejenis pokok atau buah (buahnya dapat dibuat ulam) nama saintifik - Phithecellobium jiringa.

apabila tangkai + jering = orang yang kedekut.
(punyalah panjang maksud masing2. bila digabungkan. pendek je maksudnya. perggghhhhh !@#@^%$& )

kita tinjau definisi kedekut pula - menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, ia bermaksud sangat berkira-kira hendak membelanjakan wang, bakhil, kikir, lokek, pelit. (msti korang pelik dgan perkataan pelit )

sifat kedekut ni tidak boleh diamalkan dalam hidup kita. ia merupakan sifat mazmumah dan semestinya tidak disukai oleh Allah. Hadis Nabi s.a.w :-


 Asma’ r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma): “Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.”
(al-Bukhari dan Muslim)
 berdasarkan hadis tersebut. ia menunjukkan bahawa, Allah melarang kita daripada bersifat kedekut, suka mengumpulkan harta dan tidak menafkahkan harta ke jalan Allah. Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang kerana Allah SWT telah berjanji bahawa pintu rezeki hamba-Nya akan diluaskan jika seseorang itu banyak bersedekah.

oleh itu, janganlah kita tergolong dari orang-orang yang sengaja menyempitkan poket seluar mereka untuk mengeluarkan duit.


P/S :- lagi satu. lupe nk bagitahu. jangan banyak makan jering. makruh. kalu keluarkan urine, sumpah bau urine korang harum. hahahaha

1 comment:

mardheeya said...

AIK.BOLEH .TERPIKIR WAT TITLE NI YER..

Post a Comment