Pages

Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wElCoMe

Thursday 22 December 2011

D.e.N.g.K.i L.a.G.i


Pada suatu hari, Ali (8 tahun) berjumpa Abu (sebaye) di kantin sewaktu rehat. :-

Ali : kite cemburu la dengan awak Abu, sebab awak pandai, selalu dpat no 1 dalam kelas.
Abu: kenape plak?? cemburu = dengki. jadi, mane boleh awak cemburu dengan kite. berdose taw. awak pun             dapat no 1 jugak, tapi...dari belakang la.
Ali : yeke??mane awk tahu yg cemburu a.k.a dengki ni berdose???pandai awak buat lawak kan.
Abu: kiter ade bace kt blog 'keyboarding', die cakap dalam tu, cemburu a.k.a dengki ni tak bleh. dose.
Ali: tapi....ade cemburu yang boleh.
Abu: yeke??mane awak tahu??kiter lagi pandai dari awak pun kiter tak tahu.
Ali: tu la awak. ingat kiter dapat no 1 dari belakang. kiter tak tahu ke. kite sebenarnye pon, bru je bace.
Abu: Yeke?????mane-mane??? (gelabah skit)
Ali: bawah ni. Jom bace.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DENGKI YANG DIHARUSKAN.


Sabda Rasulullah s.a.w. Maksudnya :-

'daripada Abdullah Ibn Mas'ud katanya: daku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : tidak ada perasaan irihati atau dengki kecuali dalam dua perkara: pertama, dengki terhadap kedudukan atau keadaan seseorang yang telah dikurniakan Allah dengan harta benda, lalu ia menghabiskannya untuk jalan kebaikan, kedua dengki terhadap keadaan seseorang yang telah dikurniakan oleh Allah dengan hikmat (kecerdasan dan ilmu pengetahuan) lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.


hadis tersebut menjelaskan berkaitan dua bentuk perasaan dengki yang dikecualikan daripada dosa. manakala semua jenis dengki selain yang disebutkan dalam hadis tersebut adalah haram serta tergolong dalam syirik khafi.

oleh itu, tidak digalakkan adanya perasaan dengki melainkan dalam dua keadaan, iaitu :-
 i) orang yang dikurniakan Allah harta benda serta menghabiskan harta tersebut pada perkara kebajikan.
ii) orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia beramal dan mengajarkannya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KRINGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!

Ali: eh, waktu rehat dah habes la, jom masuk kelas.
Abu: makanan kite due tak habes lagi, sentuh pun belum.
Ali : ala, biarkan aje, nanti, pandai2 la orang yang bace post ni habiskan.
Abu ; @!^%$#&^%(*&^


No comments:

Post a Comment