Pages

Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wElCoMe

Tuesday 20 March 2012

S e T i A k A h A k u ? ?

 
setiakah aku??? mengapa aku tiba-tiba terfikir untuk buat pasal 'setia' ?? mengapakah?? kenapakah?? haruskah??? adakah ini semua disebabkan cinta ??


setia. apakah maksud sebenar setia?? menurut kamus dewan bahasa edisi keempat, antara maksud setia ialah ; 1. teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), tetap hati: ia sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih,2. berpegang teguh (pada janji dll) , patuh , taat.

pertama - S e T i A k A h A k u ? ? kepada Allah S.W.T ? ?
setiakah aku kepada penciptaku ini?? dengan menjalankan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya ?? adakah semua ibadah yang aku jalankan ikhlas dan hanya untuk-Nya ?? adakah untuk mencari keredhaan-Nya ?? ataupun aku lakukannya untuk mendapat perhatian dari orang sekeliling aku?? sedangkan tiap-tiap hari kita lafazkan dalam solat kita ;-

إن صلاتي ونسکي ومحياي ومماتى لله رب العالمين
maksudnya :- sesungguhnya solatku, dan ibadahku,dan hidupku,dan matiku adalah untuk Tuhan sekalian Alam.

kedua - S e T i A k A h A k u ? ? kepada Rasulullah S.A.W ? ?
setiakah aku kepada Kekasih Allah ini ?? dengan mentaati ajaran yang dibawa oleh Baginda ?? adakah aku menjalani kehidupan seharianku berlandaskan sunnah Rasulullah S.A.W ?? adakah aku ?? sedangkan setiap kali dalam solat. kita akan lafazkan kalimah ini. dan ia merupakan rukun dalam solat kita ;

اشهد ان لا اله إلا الله واشهد ان محمدا رسول الله
maksudnya :- aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi Muhammad itu pesuruh Allah.

adakah aku ikut apa yang diajar oleh Rasulullah S.A.W ?? sedangkan aku telah bersaksi bahawa Baginda adalah pesuruh Allah.

ketiga -   S e T i A k A h A k u ? ? kepada IbuBapaku??
setiakah aku kepada kedua ibu dan bapaku ?? adakah aku taat segala perintah mereka ?? adakah aku pernah melukakan hati mereka ?? adakah aku pernah menderhakai merekah ?? setiakah aku ?? aku sayang mereka berdua. tetapi kadang-kadang apa yang mereka katakan kepadaku, aku akan balas dengan 'ala~~!!' 'ish!' . sedangkan aku tahu bahawa aku dilarang untuk meninggikan suaraku kepada mereka walau 'ah' sekalipun. setiakah aku ??

#sekadar-renungan-dan-nasihat-sesama-kita#



No comments:

Post a Comment