Pages

Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wElCoMe

Wednesday 16 May 2012

t I p U !!!!!!! B o H o N G !!!!!!! d U s T a !!!!!!

"kamu tipu!!!!!!" , "kau bohong!!!!!!" , "kau berdusta pada kawanku, membuat aku jadi malu" , aduh kenapa pulak ni??? siapa pulak yang marah aku ni???? hahaha. itu semua tiada kena mengena. Nampaknya aku semakin rajin untuk menaip. haha. aku dah malas nak tangguh-tangguh lagi. asyik tangguh je, bila nak siap. haha.

Tajuk pada kali ini ialah seperti yang tertera di atas. korang penah menipu tak?? bohong ke??? berdusta ke??? atau perkataan lain yang seangkatan dengan menipu,bohong dan berdusta. ape??? tak penah???? mari sini, aku nak angkat jari tengah nak bagi starlight kat dahi beliau. haha. nak membohong je. haha. confirm penah menipu. walaupun sikit-sikit ( cth :- curi2 pandang jawapan kawan sebelah mase exam). 

Seperti kita semua sedia maklum, sesungguhnya, kita dilarang, ditegah untuk berdusta. hal ini kerana, takut-takut kita akan jauh dari redha Allah. Selain itu, Nabi S.A.W juga berpesan dalam hadis Baginda S.A.W ;
maksudnya "jauhkanlah diri kamu daripada berdusta, sesungguhnya berdusta itu akan menjauhkan iman ".
sesungguhnya, Nabi S.A.W mengajar kita supaya menjauhkan diri kita dari sifat bohong agar iman tidak lari dari diri kita, moga ia terus kekal dalam hati kita. walaupun iman kita kadang-kadang bertambah dan kadang-kadang berkurang. hakikatnya itulah iman manusia biasa seperti kita.

walaupun kita dilarang untuk berdusta, tetapi terdapat beberapa situasi untuk kita berdusta, orang-orang kita panggil bohong@tipu sunat. haha. antaranya berbohong untuk menyatukan dua orang kawan yang berkelahi. lebih senang, berdusta itu dibolehkan pada perkara yang benar atau bermanfaat.



No comments:

Post a Comment